COVID-19: Jumlah kes baharu harian kembali turun kepada 8,743

PUTRAJAYA: Selepas beberapa hari mencatat kes baharu melebihi 9,000 kes, Malaysia hari ini mencatat penurunan kepada 8,743 kes dalam tempoh 24 jam lepas, , menjadikan kes kumulatif sebanyak 2,332,221.
Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 122 kes atau 1.4 peratus terdiri daripada kategori 3, 5, dan 5, manakala baki 8,621 kes (98.6 peratus) dalam kategori 1 dan 2.

Selain itu, beliau berkata, kes pulih yang tercatat dalam tempoh 24 jam lepas adalah sebanyak 14,422 (93.7 peratus), menjadikan jumlah kes sembuh kumulatif sebanyak 2,184,711 kes.

Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi ialah sebanyak 770, di mana 714 kes disahkan COVID-19, manakala 56 lagi sebagai suspected, probable, dan dalam siasatan.

Pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan pula sebanyak 419 kes, di mana 304 disahkan COVID-19, dan 115 lagi sebagai suspected, probable, dan dalam siasatan. Bermula hari ini, media dimaklumkan data dan maklumat di dalam kenyataan harian beliau akan dikurangkan, sebelum dipindahkan sepenuhnya ke laman web COVIDNOW sebagai sumber rujukan utama.

“Seperti dimaklumkan melalui ciapan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin di laman Twitter beliau, data berkenaan status terkini jangkitan COVID-19 telah sekian lama dilaporkan sejak awal penularan COVID-19.

“Kaedah pelaporan oleh KKM sememangnya berubah dari semasa ke semasa agar sesuai dengan situasi penularan COVID-19,” katanya lagi.Beliau berkata, dalam Malaysia bersedia untuk transisi ke arah fasa hidup dengan virus, kaedah pelaporan dan perincian data kini perlu lebih fokus kepada indikator yang penting dan utama.

Tambahnya lagi, maklumat terperinci situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my , dimana data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

“Laman web ini sentiasa ditambah baik agar maklumat utama yang diperlukan oleh pihak media dan masyarakat umum boleh didapati dengan mudah,” katanya Dr Noor Hisham.

-Source KKMM

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )