COVID-19: Jumlah kes positif global kini 7,185,573

COVID-19: Jumlah kes positif global kini 7,185,573

UNITED KINGDOM,. Johns Hopkins University, kes positif COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan pertambahan lebih 100,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Menurut data terbaharu dari Johns Hopkins University, jumlah kes positif global kini meningkat kepada 7.3 juta berbanding 7.18 juta pada Rabu.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan menghampiri angka dua juta kes.

Kes positif COVID-19 di Brazil pula terus menunjukkan trend peningkatan dengan jumlah kumulatif positif 739,000 kes.

Rusia pula ketiga tertinggi dengan 493,000 kes.

Empat lagi negara mempunyai angka melebihi 200,000 ialah United Kingdom, India, Sepanyol dan Itali.

Sembilan negara berada dalam kelompok dengan kes jangkitan melebihi 100,000 kes adalah Peru, Perancis, Jerman, Iran Turki, Chile, Mexico, Arab Saudi dan Pakistan.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )