COVID-19: Kadar kematian menghampiri 1,500 tetapi kes baharu berkurangan

COVID-19: Kadar kematian menghampiri 1,500 tetapi kes baharu berkurangan

BEIJING,. Kematian akibat wabak COVID-19 di China meningkat kepada 1,483 hari ini tetapi jumlah kes baharu di wilayah Hubei yang paling teruk terjejas, berkurangan selepas meningkat mendadak semalam.

Suruhanjaya Kesihatan kawan tengah Hubei melaporkan 116 lagi kematian selain 4,823 kes baharu, sebahagian besarnya pesakit yang disahkan melalui diagnosis klinikal.

Wilayah yang menjadi punca wabak COVID-19 itu mencatatkan 242 kematian dan lebih 14,800 kes baharu semalam manakala secara keseluruhan, lebih 64,600 orang dijangkiti coronavirus itu di China.

Pegawai Kesihatan di Hubei berkata mereka memulakan diagnosis klinikal bagi memastikan pesakit mendapat rawatan seawal mungkin, tanpa perlu menunggu ujian makmal bagi mengesahkan sama ada mereka dijangkiti COVID-19. – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)