COVID-19: Kes harian mula menurun sehingga 10,000 kes

COVID-19: Kes harian mula menurun sehingga 10,000 kes

KUALA LUMPUR: Malaysia terus mencatatkan penurunan kes harian COVID-19 apabila negara merekodkan 10,002 kes baharu pada Isnin. Daripada jumlah itu, 9,913 kes (99.11%) adalah dari kategori satu dan dua, manakala 89 (0.89%) kes adalah kes kategori tiga, empat, dan lima.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 9,904 kes adalah kes jangkitan tempatan, manakala 98 kes adalah kes import.
Sebanyak 236 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 140 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.
Jumlah kes sembuh pula adalah 23,302 kes.

Semalam tiada kluster baharu direkodkan, namun 173 kluster masih aktif. Sementara itu, nilai kadar kebolehjangkitan (R-naught atau R0) COVID-19 di seluruh negara ketika ini adalah 0.86, dengan Selangor mencatatkan bacaan tertinggi pada 1.03.

-Dino

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)