COVID-19 kian parah di California AS, lebih 9,000 kes baharu dicatatkan dalam sehari

COVID-19 kian parah di California AS, lebih 9,000 kes baharu dicatatkan dalam sehari

LOS ANGELES,. California, negeri paling terjejas akibat COVID-19 di Amerika Syarikat (AS), menyaksikan lonjakan kes baharu sebanyak 9,032 pada Sabtu, lapor agensi berita Xinhua, memetik Jabatan Kesihatan Awam pada Ahad.

Dengan jumlah penduduk paling ramai sekitar 40 juta, negeri ini terus mencatatkan peningkatan kes disahkan yang sehingga kini melepasi setengah juta atau 509,162, menurut laporan harian jabatan itu.

Dalam masa 24 jam lalu, 132 lagi kematian dicatatkan, menjadikan jumlah korban seramai 9,356 orang. Sementara itu, sejumlah 8,035,975 ujian saringan COVID-19 sudah dijalankan.

“Disebabkan peningkatan jumlah saringan, dijangkakan bilangan kes juga akan meningkat,” kata pihak berkuasa itu.

Purata jumlah kes dalam sehari ialah 7,929. Pada minggu lalu jumlah kes disahkan di California sudah mengatasi New York.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )