COVID-19: KKM kaji punca jangkitan pelajar tahfiz di Perak

COVID-19: KKM kaji punca jangkitan pelajar tahfiz di Perak

BAGAN SERAI,. Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengesan punca dan kontak rapat seorang pelajar tahfiz di Batu Gajah, Perak yang disahkan positif COVID-19, semalam.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata susulan kejadian itu Perak kini bukan lagi Zon Hijau.

“Setakat ini tidak ada tanda-tanda yang pelajar ini mendapat jangkitan wabak ini dari sekolah tahfiz di sini berikutan sudah ditutup agak lama sebelum 18 Mac.

“Difahamkan pelajar ini telah pergi merata tempat bersama keluarga termasuk di Kuala Lumpur sebelum pulang ke Batu Gajah pada 3 Mac lalu.

“Pelajar ini sudah menjalani ujian saringan pertama bersama 41 pelajar tahfiz di situ namun keputusannya negatif dan ujian kedua melalui Rapid Test Kit (RTK) Antibody mendapati dia positif wabak itu,” katanya selepas meninjau sebuah rumah yang ditimpa pokok di Kampung Bukit Putus, Gunong Semanggol, di sini, hari ini.

Noor Azmi meluluskan peruntukkan RM15,000 bagi membaik pulih bumbung dan tandas kediaman Mohd Shah Din, 42, yang rosak akibat ditimpa pokok minggu lalu.

Sementara itu, ditanya mengenai peningkatan 30 kali ganda kes wabak Cikungunya di Perak, Noor Azmi berkata, kerajaan negeri perlu meningkatkan usaha dalam menghapuskan tempat pembiakan Aedes.

Rakyat juga katanya, diingatkan supaya tidak memandang ringan dan perlu bekerjasama memainkan peranan bagi membanteras penyakit itu.

–BH

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )