COVID19: Kluster baharu Taman BDC di Kuching berkaitan kes indeks Sri Petaling

COVID19: Kluster baharu Taman BDC di Kuching berkaitan kes indeks Sri Petaling

PUTRAJAYA, 4 Mei — Satu kluster baharu iaitu kluster Taman BDC di Kuching, Sarawak telah dikenal pasti dengan sejumlah 37 kes jangkitan COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata kluster itu berkait dengan kes indeks daripada kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.

“(Kluster) Ini juga melibatkan perhimpunan tabligh iaitu kes indeks dan telah menjangkiti keluarga, ahli-ahli masjid serta rakan sekerja iaitu melibatkan tiga generasi,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )