COVID-19: Lapan kes baru di New Zealand

COVID-19: Lapan kes baru di New Zealand

WELLINGTON,. New Zealand mengesahkan lapan kes baru akibat wabak COVID-19 ada kaitannya dengan mereka yang baru pulang dari luar negara.

Dalam sidang akhbar oleh Kementerian Kesihatannya, semalam turut mengesahkan kes baru itu menjadikan keseluruhan 20 kes dicatatkan akibat COVID-19.

New Zealand melaksanakan sekatan sempadan, Sabtu lalu yang meminta semua orang yang tiba di negara berkenaan supaya mengasingkan diri sendiri, selain mengharamkan perhimpunan awam yang besar untuk mengawal penyebaran virus.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )