COVID-19: MDA batal kelulusan bersyarat dua kit ujian kendiri

COVID-19: MDA batal kelulusan bersyarat dua kit ujian kendiri

KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah membatalkan kelulusan bersyarat bagi kit ujian kendiri COVID-19 daripada Innovac Technology Sdn Bhd dan Conan Medical Technology Berhad.

Perkara itu dimaklumkan MDA menerusi infografik serta kenyataan ringkas yang dimuat naik di laman Facebook rasmi hari ini.

“Pembatalan ini (kelulusan bersyarat) dibuat kerana syarikat tersebut telah gagal mematuhi syarat kelulusan yang diberikan oleh MDA dan berkuat kuasa serta-merta.

MDA juga ingin menasihatkan pengguna agar tidak membeli atau menggunakan kit ujian kendiri COVID-19 yang tidak mematuhi keperluan MDA kerana dikhuatiri tidak selamat untuk digunakan,” menurut catatan itu.

-BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)