COVID-19: MotoGP Sepanyol ditangguh

COVID-19: MotoGP Sepanyol ditangguh

KUALA LUMPUR,.Perlumbaan MotoGP di Sepanyol yang dijadualkan 3 Mei ini ditunda berikutan pandemik global virus COVID-19.

Menurut kenyataan Dorna Sports iaitu pemegang eksklusif komersial dan hak siaran MotoGP, keputusan untuk menangguhkan Grand Prix (GP) Sepanyol di Litar Jerez-Angel Nieto itu dicapai selepas perbincangan bersama dengan Persatuan Pasukan Pelumba Antarabangsa (IRTA) dan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM).

Dalam kenyataan berasingan, Dorna Sports turut mengumumkan perlumbaan pembuka tirai Enei FIM Kejuaraan Piala Dunia MotoE (perlumbaan motosikal elektrik) di litar sama juga ditunda.

Ia berkata ujian kedua pramusim MotoE, yang dijadual di litar berkenaan dari 8 hingga 10 April ini, juga dibatalkan.

“Memandangkan keadaan semasa sentiasa berubah, satu tarikh baharu bagi GP Sepanyol tidak dapat disahkan sehingga keadaan menjadi lebih jelas untuk mengadakan acara itu. Kalendar musim 2020 yang disemak semula akan dimaklumkan secepat mungkin,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )