COVID-19: Perlis catat kadar kebolehjangkitan tertinggi pada tahap 1.71

KUALA LUMPUR,. Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 mengikut kes harian untuk seluruh negara pada Jumaat berada di tahap 0.85, dengan Perlis mencatat Rt tertinggi pada 1.71.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi infografik yang dikongsikan di akaun Twitter beliau memaklumkan, Pulau Pinang merekodkan nilai Rt kedua tertinggi iaitu pada 1.03.

Negeri lain yang mencatat bacaan di bawah satu ialah Sarawak (0.97), Selangor, Putrajaya, Terengganu masing-masing 0.95, Melaka (0.89), Sabah (0.88), Johor (0.86), Labuan (0.85), Kelantan (0.81), Kuala Lumpur dan Pahang (masing-masing 0.79), Kedah (0.76), Perak (0.64) serta Negeri Sembilan (0.61).

Semalam, kes baharu positif pandemik COVID-19 kekal empat angka dengan 1,575 kes, selain tiga kematian dilaporkan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )