COVID-19: Rusia akan lakukan ujian klinikal vaksin libatkan lebih 40,000 individu

COVID-19: Rusia akan lakukan ujian klinikal vaksin libatkan lebih 40,000 individu

MOSCOW,. Rusia akan memulakan ujian klinikal vaksin COVID-19 bermula minggu depan melibatkan lebih 40,000 orang.

Presiden Vladimir Putin menyatakan awal bulan ini bahawa Rusia merupakan negara pertama yang mendaftarkan vaksin COVID-19 walaupun saintis dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendakwa ia masih memerlukan kajian keselamatan yang rapi.

Kajian berkenaan yang dibiayai dana pelaburan langsung Rusia dalam kenyataan pada Khamis mendakwa ujian itu setara dengan ujian fasa 3 yang dilakukan oleh vaksin lain.

Ujian klinikal berkenaan akan diberikan kepada kakitangan perubatan namun ia dilakukan secara sukarela.

Lebih 20 negara membuat tempahan untuk membeli lebih 1 bilion dos vaksin dan turut akan mengadakan perjanjian dengan beberapa negara bagi menghasilkannya.

Proses vaksinasi secara besar-besaran dijangka bermula pada Oktober dan penghantaran asing pertama pada bulan November dan Disember.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)