COVID-19: Sabah terus catat trend penurunan 176 kes harian

COVID-19: Sabah terus catat trend penurunan 176 kes harian

KOTA KINABALU: Sabah terus menunjukkan trend penurunan kes positif COVID-19 apabila hari ini merekodkan 176 kes berbanding 188 kes semalam.

Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, walaupun jumlah jangkitan baharu semakin rendah dan terkawal tetapi jangkitan sporadik kekal tinggi iaitu 67 peratus.

” Walaupun jangkitan sporadik kekal tinggi tetapi jumlah jangkitan harian semakin terkawal kerana keberkesanan perlindungan vaksin serta tahap pematuhan yang baik dalam kalangan masyarakat ke atas semua prosedur operasi standard (SOP).

“Lima daerah kekal merekodkan kes dua angka iaitu Kota Kinabalu (40 kes); Penampang (27 kes); Papar (13 kes); Putatan (12 kes) dan Tuaran 10 kes,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Selain itu, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata, 172 kes positif hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, manakala empat kes dalam Kategori 3.

-Astro Awani

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)