COVID-19: Saham AS terus merudum

COVID-19: Saham AS terus merudum

KUALA LUMPUR,. Saham di pasaran Amerika Syarikat mencatatkan kejatuhan terbesar pada Khamis sejak ‘Black Monday’ pada 1987.

Indeks Perindustrian Dow Jones jatuh lebih 2,300 mata dan ditutup pada 21,200 mata.

Antara yang teruk terjejas adalah saham syarikat pengembaraan, termasuk Norwegian Cruise Line yang jatuh 36 peratus, Royal Caribbean Cruises yang jatuh 31 peratus dan syarikat penerbangan di Amerika yang jatuh lebih 17 peratus.

Penjualan tersebut berterusan biarpun selepas dagangan digantung 15 minit pada sekitar 9.15 pagi Khamis di New York.
Bursa New York terus jatuh biarpun simpanan persekutuan Amerika mengumumkan akan melaksanakan perjanjian pembelian semula, atau repo, bernilai 1.5 trilion dollar.

Ini adalah langkah bank pusat berkenaan untuk meningkatkan kecairan ke dalam sistem kewangan ketika pasaran menunjukkan tanda tekanan.
Repo ini akan bermula pada Jumaat.

Dalam masa yang sama, Bank Pusat Eropah turut mengambil langkah menyuntik 120 bilion euro ke dalam pasaran di Eropah menerusi pinjaman dan pembelian aset.

Menurut laporan the Associated Press, pasaran ketika ini khuatir ekonomi terbesar dunia itu dan kerajaan lain tidak mampu untuk membantu ekonomi yang kini terkesan akibat penularan COVID-19.

Indeks S&P 500 jatuh 9.5 peratus dan kejatuhan itu adalah 26.7 peratus dari tempoh tertinggi bulan lepas.

Presiden Amerika Donald Trump sebelum itu mengumumkan larangan perjalanan selama 30 hari melibatkan Eropah.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )