COVID-19: Sekurang-kurangnya 445,213 penduduk dunia maut

COVID-19: Sekurang-kurangnya 445,213 penduduk dunia maut

PARIS,. Pandemik COVID-19 yang mula tercetus di China pada Disember lalu kini membunuh sekurang-kurangnya 445,213 orang.

Sekurang-kurangnya 8,269,170 kes coronavirus direkodkan di 196 negara dan wilayah. Daripada jumlah itu, sekurang-kurangnya 3,785,500 kes dianggap pulih.

Berdasarkan pengumpulan data daripada pihak berkuasa negara-negara dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), angka berkenaan dipercayai hanya mencerminkan sebilangan kecil daripada jumlah jangkitan sebenar.

Sebilangan besar negara hanya menguji kes simptom atau yang paling serius.

Amerika Syarikat (AS) adalah negara yang paling teruk dilanda dengan 117,290 kematian daripada 2,148,357 kes. Sekurang-kurangnya 583,503 orang pulih.

Selepas AS, negara dengan jumlah kematian tertinggi adalah Brazil dengan 45,241 kematian daripada 923,189 kes; Britain dengan 42,153 kematian daripada 299,251 kes; Itali dengan 34,448 kematian daripada 237,828 kes; dan Perancis dengan 29,575 kematian daripada 194,675 kes.

China – tidak termasuk Hong Kong dan Macau – setakat ini mengisytiharkan 4,634 kematian dan 83,265 jangkitan (meningkat 44) dengan 78,379 kes pulih.

Keseluruhan negara Eropah merekodkan 189,574 kematian daripada 2,453,170 kes; AS dan Kanada mempunyai 125,597 kematian akibat 2,248,134 jangkitan; Amerika Latin dan Caribbean 84,006 kematian daripada 1,787,118 kes; Asia 26.365 kematian daripada 912.374 kes; Asia Barat 12,467 kematian daripada 594,120 kes; Afrika 7,073 kematian daripada 265,486 kes; dan Oceania 131 kematian daripada 8,768 kes. – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)