COVID-19: Singapura laporkan 63 kes baharu, enam kes import

COVID-19: Singapura laporkan 63 kes baharu, enam kes import

SINGAPURA: Singapura pada awalnya mengesahkan 63 kes baru jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas, dengan enam daripadanya kes import. Dalam data ringkas yang dikeluarkan di sini hari ini, Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) berkata, kesemua kes import tersebut telah diberikan Notis Duduk di Rumah sebaik tiba di negara itu.

Kementerian itu menyatakan, terdapat dua kes komuniti, yang mana melibatkan seorang warganegara dan seorang lagi pemegang pas kerja. Perkembangan terbaru ini menjadikan jumlah mereka yang dijangkiti COVID-19 di republik itu, meningkat kepada 57,229.

Dalam data penuh yang dikeluarkan lewat semalam, republik itu mengklasifikasikan 954 sebagai kes import, 2,231 kes komuniti dan 53,981 kes melibatkan penghuni asrama pekerja asing. Sejumlah 56,492 pesakit telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan 34 kes yang disahkan masih berada di hospital, namun tiada yang ditempatkan di unit rawatan rapi.

Sementara itu, 613 pesakit yang bergejala ringan atau secara kilinikalnya sihat tetapi diuji positif COVID-19, telah diasingkan dan dirawat di fasiliti komuniti. Sehingga kini di republik itu, 27 orang telah terkorban akibat komplikasi COVID-19. Tiada kluster baru dikenal pasti semalam.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)