COVID-19: Syria sahkan kes pertama

COVID-19: Syria sahkan kes pertama

AMMAN,. Syria yang dilanda perang semalam mengesahkan kes pertama COVID-19, sekali gus meningkatkan kebimbangan menular di luar kawalan.

Menteri Kesihatan, Nizar al-Yaziji, berkata semua langkah perlu sudah diambil dan mangsa pertama, seorang wanita berusia 20 tahun, dikuarantin 14 hari serta menerima rawatan.

Sebelum ini, terdapat laporan yang tidak dapat disahkan mengenai kes COVID-19 di Syria, di mana sektor perubatan dan infrastruktur perumahan yang musnah berikutan perang sejak sembilan tahun lalu, namun dinafikan pihak berkuasa.

Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan sukarelawan menyuarakan kebimbangan kerana penularan COVID-19 di Syria akan menyebabkan krisis yang luar biasa.

Damsyik mengumumkan pemberhentian khidmat pengangkutan awam semalam selain perintah berkurung dan penutupan sekolah, taman rekreasi, restoran dan institusi awam selain mengerahkan bantuan tentera.

Semalam, Presiden Syria, Bashar al Assad, mengumumkan pengampunan banduan dalam usaha mengurangkan kesesakan di penjara, sekali gus mengekang penularan coronavirus. – REUTERS

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )