COVID-19: Trump jangka vaksin dikeluarkan akhir tahun ini

COVID-19: Trump jangka vaksin dikeluarkan akhir tahun ini

VIENNA,. Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyatakan harapan bahawa vaksin COVID-19) boleh didapati menjelang akhir 2020, berikutan ekonomi AS yang semakin meruncing ketika sebahagian Eropah mula dibuka, walaupun dikhuatiri gelombang kedua akan berlaku.

Ketika ini, sebahagian negara sudah melonggarkan sekatan bagi membendung kemelesetan ekonomi termasuk Eropah, namun masih terdapat kes yang mendadak di beberapa negara, di seluruh dunia yang turut menjejaskan ekonomi dan politik.

“Kami harap ia dapat diperoleh pada penghujung tahun ini atau sebelumnya,” kata Trump.

Namun begitu, pakar menjangka tempoh masa itu tidak realistik.

Sementara itu, sempadan dan pantai kini dibuka semula di sekitar Eropah selepas dua bulan trauma, berikutan semua aktiviti terhenti.

Slovenia antara negara Eropah pertama yang membuka pintu sempadan, memutuskan tamat pendemik ini biarpun masih ada kes dilaporkan.

Perancis membuka kembali pantai di sepanjang pantai Atlantik tetapi hanya berjalan-jalan dan berenang akan dibenarkan, tidak boleh berjemur dan terlalu ramai orang.

Austria membuka restoran dan kafenya.

Tekanan untuk mengurangkan sekatan itu jelas kerana ia menjejaskan ekonomi, iaitu AS negara paling terjejas di dunia dengan rekod pengeluaran industri menjunam sebanyak 11.2 peratus, pada April lalu.

Kira-kira 10 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk AS atau 36.5 juta kehilangan pekerjaan dan Trump berusaha untuk mengurangkan sekatan, memandangkan pilihan raya pada November ini.

“Tiada sebarang perayaan akan dilakukan sepanjang Mei dan mungkin sehingga penghujung tahun ini,” menurut Pengarah Urusan GlobalData Retail, Neil Saunders.

Namun begitu, beberapa negara menentang kelonggaran sekatan, seperti di New York City yang melanjutkan sehingga 28 Mei ini di bawah perintah eksekutif yang ditandatangani oleh Gabenor negeri Andrew Cuomo.

Dalam pada itu, pandemik ini turut memberi kesan kepada percaturan politik, iaitu Brazil kehilangan Menteri Kesihatannya berikutan tidak sependapat dengan cara Presiden Jair Bolsonaro menangani pandemik.

COVID-19 masih lagi terus merebak dengan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan Afrika yang mempunyai 231 juta penduduk, boleh dijangkiti dengan kematian mencecah 190,000 orang, manakala kem pelarian terbesar Rohingya di Bangladesh hidup dalam keadaan melarat.

–BH

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )