COVID-19: UEFA sedia peruntukan RM1.1 bilion

COVID-19: UEFA sedia peruntukan RM1.1 bilion

LAUSANNE,. Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) memperuntukkan sebanyak 236.5 juta euro (RM1.1 bilion) kepada semua 55 persatuan di bawah badan induk itu bagi membantu menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi susulan pandemik COVID-19.

Menurut kenyataan dikeluarkan UEFA, setiap persatuan bola sepak kebangsaan akan menerima sebanyak 4.3 juta euro (RM20.29 juta).

Peruntukan itu adalah daripada program HatTrick UEFA yang ditubuhkan pada 2004 bagi menyokong projek pembangunan setiap ahli gabungannya.

“Sukan bola sepak sedang berdepan cabaran yang tidak sukar untuk diramal susulan krisis COVID-19. UEFA mahu membantu ahlinya menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan cara terbaik berdasarkan situasi semasa.

“Untuk itu, kami bersetuju untuk memberikan 4.3 juta euro (RM20.29 juta) kepada setiap persatuan yang dibayar bagi baki musim ini dan musim depan. Ini juga sebahagian daripada pelaburan yang boleh digunakan oleh ahli untuk membangunkan komuniti bola sepak,” kata kenyataan dikeluarkan UEFA. – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)