Cyber Games 2025: Malaysia Himpun Pakar Siber Dunia

Cyber Games 2025: Malaysia Himpun Pakar Siber Dunia

KUALA LUMPUR – Lebih 120 pakar siber dan forensik digital dari 40 negara bakal bersaing dalam Cyber Games 2025 anjuran Malaysia, bersama Council of Europe dan Interpol, dari 20–23 Mei.

Pertandingan global ini akan menguji kemahiran peserta dalam menangani kes jenayah siber seperti serangan ransomware, siasatan kripto, dan forensik digital.

Malaysia juga menjadi tuan rumah Persidangan Jenayah Siber ASEAN pada 19 Mei, sempena Kepengerusian ASEAN 2025.

NACSA akan bekerjasama rapat dengan rakan antarabangsa untuk menjayakan acara yang dijangka menjadi penanda aras baharu dalam keselamatan siber serantau.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )