Cyberview lantik Mohd Zuki Ali sebagai pengerusi

Cyberview lantik Mohd Zuki Ali sebagai pengerusi

KUALA LUMPUR,. Pemaju hab teknologi, Cyberview Sdn Bhd (Cyberview), melantik Tan Sri Mohd Zuki Ali sebagai pengerusi bukan eksekutif baharunya berkuat kuasa 28 Julai, 2020.

Mohd Zuki, 58, menggantikan Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, yang tempoh perkhidmatannya berakhir pada 1 Mei, 2020, kata Cyberview dalam satu kenyataan hari ini.

Ketika ini Mohd Zuki juga merupakan Ketua Setiausaha Negara ke-15, jawatan yang dipegangnya sejak 1 Jan, 2020.

“Beliau memiliki pengalaman luas dan rekod prestasi baik dalam perkhidmatan awam selama lebih 28 tahun apabila memegang pelbagai jawatan dan berkhidmat di pelbagai kementerian termasuk di Kementerian Kewangan, Pendidikan, Hal Ehwal Dalam Negeri, Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dan Sumber Asli dan Alam Sekitar.

“Sebelum pelantikan beliau sebagai Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan. Beliau juga sebelum ini pernah berkhidmat di Istana Negara, Jabatan Perdana Menteri dan Setiausaha Persekutuan Sarawak,” kata syarikat itu.

Mohd Zuki memiliki ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan daripada Nanyang University, Singapura dan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )