
Dakwaan Rafizi Tidak Berasas, JPP Teliti Ratusan Aduan – Zaliha
KUALA LUMPUR, 18 Mei – Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa menegaskan bahawa Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) sentiasa memberi perhatian serius terhadap isu pemilihan dan telah meneliti lebih 280 aduan yang diterima daripada pelbagai peringkat.
Beliau menolak dakwaan Rafizi Ramli yang mendakwa JPP tidak cekap, dan menegaskan bahawa setiap laporan yang diterima diproses mengikut prosedur dalaman parti.
“Kami bekerja secara sistematik dan telus. Pandangan Rafizi adalah peribadi dan tidak menggambarkan keseluruhan situasi,” katanya selepas menghadiri program sambutan Hari Belia Negara.