DAP patut henti politikkan isu darurat – Presiden Gerakan

KUALA LUMPUR, 14 Jan — Parti DAP diminta berhenti mempolitikkan isu pengisytiharan darurat COVID-19 atas kepentingan peribadi, sebaliknya perlu fokus dalam usaha membantu memerangi penularan wabak itu dan menjaga kebajikan rakyat, kata Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai.

Menurut beliau dalam satu kenyataan hari ini, tindakan mempertikaikan pengisytiharan darurat oleh segelintir pemimpin DAP, menunjukkan tanda tidak hormat dan tidak setia mereka kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Lau mendesak rakyat supaya tidak terpengaruh dengan DAP, kerana satu Jawatankuasa Khas Bebas dianggotai oleh Ahli-Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkaitan akan ditubuhkan, bagi memastikan pelaksanaan darurat dilakukan secara adil dan telus.

Beliau turut berkata pakar undang-undang, termasuk bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram, telah menyambut baik pengisytiharan darurat baru-baru ini sambil menegaskan, tindakan itu sebenarnya boleh dilaksanakan pada tahun lepas semasa kali pertama usul darurat itu dicadangkan pada 26 Okt 2020.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )