‘Dari Liverpool Dengan Penuh Kasih Sayang’

‘Dari Liverpool Dengan Penuh Kasih Sayang’

LIVERPOOL,. Liverpool mengetepikan permusuhan antara kelab di padang dengan memuji penyerang Man Utd, Marcus Rashford selepas kejayaan kempen pemain itu bagi mendapatkan makanan percuma untuk sekolah.

Kedua-dua kelab sememangnya antara seteru utama dan tidak lama dulu, Rashford meledak dua gol di Old Trafford bagi memberikan mereka tiga mata berdepan kelab itu.

Namun pemain berusia 22 tahun itu mencipta sesuatu yang melebihi apa yang dilakukan dalam bola sepak dengan memastikan lebih sejuta kanak-kanak tidak kelaparan sepanjang cuti musim panas.

Kempen dilakukannya memaksa kerajaan menarik semula keputusan untuk menghentikan pemberian makanan pada penamat penggal.

Kini Liverpool memuji penyerang itu kerana usaha menakjubkan itu yang membawa perubahan positif ke dalam komuniti.

Memuat naik kembali ciapan oleh Man Utd yang menggambarkan penyerang mereka sebagai “hero dan memberi inspirasi,” Liverpool menulis dalam ciapan Twitter mereka: “Kanak-kanak di wilayah kami akan mendapat faedah daripada tindakan model yang menjadi contoh ini.

“Dari Liverpool Dengan Penuh Kasih Sayang.” – Agensi

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )