Davos 2020: Tiga laporan penting sempena hari pembukaan WEF
DAVOS,. Tiga laporan penting dikeluarkan sempena hari pembukaan Forum Ekonomi Sedunia 2020 (WEF) hari ini.
1-Laporan pertumbuhan ekonomi sedunia oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)
2- Laporan mobiliti sosial oleh WEF, pertama kali dalam sejarah
3-Tinjauan ketua pegawai eksekutif sedunia atau global CEO Survey oleh PricewaterhouseCoopers (PWC)
Pasukan editorial Astro AWANI di Davos merumuskan untuk anda keserasian dan percanggahan dalam ketiga-tiga hasil kajian.
Ketiganya kami lihat berdasarkan pesanan pembukaan WEF 2020 oleh pengasasnya Klaus Schwab.
Klaus schwab yang memulakan WEF 50 tahun dahulu selepas menulis buku menyanggah pemikir ekonomi terkemuka Milton Friedman yang percaya bisnes sesuatu bisnes hanyalah bisnes.
Pergerakan WEF diasaskan pemahaman bahawa mereka yang mengaut keuntungan juga perlu memastikan tanggungjawab sosial bersama keuntungan yang diraih.
Sebab itu laporan terpenting selain dua laporan berkala unjuran pertumbuhan dan isu berkaitan dengannya ialah laporan pertama kali mobiliti sosial dunia.
Malah laporan ini melihat menjangkaui sukatan pertumbuhan pasaran dan ukuran keluaran dalam negara kasar atau KDNK.
Mobiliti sosial yang diperbaik memberi suntikan langsung kepada kenaikan pertumbuhan ekonomi negara.
Ironisnya, halangan terbesar mungkin datang daripada cara lapuk dunia korporat yang lebih bertindak balas tekanan semasa keuntungan pemegang saham atau shareholder capitalisme.
Apa pun, Davos medan pertemuan pelbagai pandangan berbeza malah bertentangan termasuk era aparteid dahulu dalam mencari penyelesaian.
Pertembungan idea di WEF akan membawa kepada manifesto baharu Davos untuk memastikan pelaksanaan kemakmuran dunia yang lebih baik melalui era baharu 50 lagi Davos.