Dialog Strategik ASEAN-Korea Selatan dijadual berlangsung 6 Oktober

SEOUL,. Dialog Strategik Pemikir ASEAN-Korea Selatan kali kedua dijadual diadakan pada 6 Oktober, menurut Kementerian Luar Korea Selatan, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Ia bakal disertai kumpulan pemikir hal ehwal luar negeri dan keselamatan bertujuan mewujudkan jaringan antara pakar diplomasi dan keselamatan kedua-dua pihak.

Dihoskan bersama oleh Akademi Diplomatik Nasional Korea serta Akademi Diplomatik Vietnam dan diadakan secara dalam talian, kata kementerian.

Antara agenda perbincangan termasuk mengenai penilaian dan prospek landskap strategik serantau, persaingan yang semakin meningkat antara Amerika Syarikat dan China di tengah-tengah penularan COVID-19, kaedah meningkatkan Dasar Selatan serta kerjasama antara Korea Selatan dan ASEAN.

Korea Selatan rakan dagang kelima terbesar ASEAN dan pelabur ketujuh terbesar pada 2019, dengan perdagangan dua hala mencecah US$156.5 trilion, merangkumi 5.6 peratus keseluruhan nilai transaksi perdagangan ASEAN dengan rakan luar.

Pelaburan langsung asing (FDI) Korea Selatan di ASEAN berjumlah US$2.6 bilion, merangkumi 1.6 peratus daripada jumlah FDI.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )