Digi dapat kebenaran pemegang saham untuk cadangan penggabungan dengan Celcom

Digi dapat kebenaran pemegang saham untuk cadangan penggabungan dengan Celcom

KUALA LUMPUR,. Digi.Com Bhd (Digi) mengumumkan pemegang sahamnya meluluskan cadangan penggabungan operasi telekomunikasinya dengan Celcom Axiata Bhd pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang diadakan semalam.

Digi berkata, kelulusan pemegang saham Digi dan Axiata Group Bhd (syarikat induk Celcom) adalah antara langkah terakhir dalam proses kelulusan penggabungan yang dicadangkan selepas diluluskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bursa Malaysia Bhd.

“Makluman rasmi mengenai keputusan EGM akan dibuat kepada Bursa Malaysia sebaik sahaja pasaran dibuka semula pada minggu depan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Apabila selesai, syarikat induk Axiata dan Digi, Telenor ASA masing-masing akan memegang pemilikan sama sebanyak 33.1 peratus dalam syarikat yang baru digabungkan itu, yang dicadangkan untuk dinamakan sebagai Celcom Digi Bhd.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)