Dokumentari papar rakaman foto ‘eksklusif’ Ratu Elizabeth II bakal ditayangkan

Dokumentari papar rakaman foto ‘eksklusif’ Ratu Elizabeth II bakal ditayangkan

SEBUAH dokumentari mengenai Ratu Elizabeth II bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Antara babak menarik termasuk foto Ratu Elizabeth memakai cincin pertunangan beberapa bulan sebelum pertunangannya kepada Putera Philip diumumkan secara rasmi.

Agensi berita BBC telah diberi akses kepada ratusan foto peribadi yang diambil sendiri Ratu Elizabeth II, termasuk foto yang memaparkan kedua ibu bapanya serta suaminya, Duke of Edinburgh.

Dokumentari berkenaan akan disiarkan sempena sambutan Jubli Platinum Ratu Elizabeth II.

Kesemua koleksi foto serta video sebelum ini telah disimpan dalam Koleksi Diraja di Institut Filem Britain.

-Astro Awani

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)