Dr Mahathir berkata terserah kepada beliau buat keputusan perubahan kabinet

Dr Mahathir berkata terserah kepada beliau buat keputusan perubahan kabinet

PUTRAJAYA,. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata terserah kepada beliau untuk membuat keputusan bagi sebarang perubahan apabila membabitkan rombakan Kabinet, termasuk menteri mana patut digugurkan.

Sesiapa sahaja bebas memberikan pendapat mereka berhubung kemungkinan berlakunya rombakan Kabinet, katanya ketika ditemui selepas merasmikan prapelancaran Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019, di sini.

“Orang boleh menyatakan pendapat mereka sendiri tetapi saya akan buat keputusan sekiranya ia dipersetujui oleh lima parti yang membentuk pakatan ini,” katanya semasa menjawab satu soalan.

Semalam, Dr Mahathir membayangkan mengenai kemungkinan rombakan Kabinet dilakukan susulan kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya kecil Parlimen Tanjung Piai.

Dr Mahathir, yang juga pengerusi PH merangkap pengerusi Bersatu, bagaimanapun berkata keputusan mengenainya “tidak akan dibuat hari ini atau esok”.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)