Dr Zaliha Nafi Dakwaan RM2 Juta kepada Pihak Kuil: “Tiada Sebarang Pampasan Diberikan”

Dr Zaliha Nafi Dakwaan RM2 Juta kepada Pihak Kuil: “Tiada Sebarang Pampasan Diberikan”

PUTRAJAYA, 27 Mac — Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa menepis dakwaan tular yang menyatakan kerajaan memberi pampasan tunai RM2 juta kepada pihak kuil di Jalan Masjid India sebagai sebahagian daripada perjanjian pemindahan.

Menjawab hantaran yang dimuat naik oleh pendakwah bebas Firdaus Wong, Dr Zaliha berkata, dakwaan itu tidak berasas kerana kerajaan tidak pernah menjanjikan sebarang bentuk bayaran.

“Saya tegaskan, tiada sebarang pampasan kewangan diluluskan. Rundingan yang dijalankan dilakukan secara tertib, dan semua pihak capai kata sepakat secara sukarela,” katanya.

Beliau turut mengingatkan agar kes tersebut tidak dijadikan contoh untuk sebarang kes lain, dan menyeru agar tiada pihak menyemarakkan sentimen perkauman berdasarkan dakwaan tidak sahih.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )