Dua gempa bumi gegar utara Halmahera, Indonesia dalam tempoh satu jam

JAKARTA,. Dua gempa bumi melanda Daerah Halmahera Utara di Wilayah Maluku Utara, Indonesia dalam tempoh kurang sejam pada pagi Isnin.

Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) melaporkan gempa bumi pertama berskala 5.2 melanda Halmahera pada 4.27 pagi waktu Indonesia Barat pada kedalaman 10 km, diikuti dengan satu lagi gempa bermagnitud 5.5 kira-kira 32 minit kemudian.

Tobelo dan beberapa kawasan lain, termasuk Sofifi dan Galela turut merasakan gegaran itu.

Menurut agensi itu, tiada risiko tsunami, kehilangan nyawa atau harta benda dilaporkan.

Halmahera, pulau terbesar di Kepulauan Maluku, terletak hampir 405 km dari Manado, Sulawesi Utara.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )