Dua maut, satu hilang dalam kejadian runtuhan bongkah batu di Rusia

KEMEROVO (Rusia), 22 Jan — Dua terbunuh manakala seorang masih hilang dalam kejadian runtuhan bongkah batu di lombong arang batu di wilayah Kemerovo, Rusia, lapor Agensi Berita Sputnik.

“Kejadian berlaku di lombong arang batu di daerah Leninsk-Kuznetsk. Terdapat 44 orang berada di lokasi kejadian, 41 telah dipindahkan dan tiga orang terperangkap. Mayat dua pelombong telah dijumpai,” kata Jawatankuasa Penyiasat dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )