Dua peserta wakili negara pada Kejohanan Bocce Remaja Dunia di Rom, minggu depan

Dua peserta wakili negara pada Kejohanan Bocce Remaja Dunia di Rom, minggu depan

KOTA BHARU,. Dua peserta, Muhamad Habibullah Al Amin Ahmad Anuar dan Alia Sofia Asmadi, akan mewakili negara pada Kejohanan Bocce Remaja Dunia di Rom, Itali, bermula Isnin hingga Sabtu depan.

Presiden Persekutuan Boulse Bocce Malaysia (MSBBF), Razali Wan Zain, berkata kedua-dua peserta tersebut akan menyertai acara perseorangan lelaki, perseorangan wanita dan beregu campuran selepas melayakkan diri selepas menjuarai Kejohanan Remaja Asia Oceania 2019 di Putrajaya yang berakhir Sabtu.

“Kejohanan Remaja Dunia akan melibatkan 20 negara terbaik dunia mewakili Benua Asia Oceania (empat negara), Benua Afrika (empat negara), Benua Amerika Selatan (empat negara) dan Benua Eropah (lapan negara),” katanya ketika dihubungi Bernama, pada Sabtu.

Kejohanan Remaja Dunia sepatutnya diadakan pada 2020 tetapi ditangguh disebababkan wabak COVID-19.
Razali, yang juga pengurus pasukan, berkata beliau bersama kedua-dua peserta tersebut serta jurulatih Mohd Arzaini Mohd Nawi akan berlepas ke Rom, Sabtu malam.

Bocce mirip sukan petanque dan boling padang, namun ia mempunyai disiplin permainan tersendiri dan sesuai dimainkan semua peringkat umur kerana ia tidak melibatkan sentuhan badan dan tidak membahayakan pemain.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )