Dutch Lady jual tanah dan kilang di Petaling Jaya

Dutch Lady jual tanah dan kilang di Petaling Jaya

KUALA LUMPUR,. Pengeluar produk susu dan tenusu, Dutch Lady Milk Industries Bhd (DLMI) merancang untuk menjual tanah kilangnya di Petaling Jaya melalui tender awam.

Ini susulan daripada kelulusan Lembaga Pengarah untuk DLMI menilai prospek potensi jualan.

Ejen hartanah bebas telah dilantik untuk mendapatkan tawaran daripada pasaran terbuka, menurut DLMI dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Rabu.

“Keputusan muktamad mengenai jualan tanah itu hanya akan dibuat selepas penilaian terhadap pelbagai senario selesai dan pengumuman berkaitan jualan itu akan dibuat,” katanya.

DLMI berkata ia telah mendapat kelulusan daripada pemegang saham untuk membeli tanah di Bandar Enstek di Negeri Sembilan untuk membina kemudahan pembuatan bagi memenuhi permintaan yang meningkat terhadap produknya dan trend pelanggan baharu.

“Terlalu awal untuk menentukan bila kerja-kerja pembinaan bagi kemudahan pembuatan akan bermula berikutan banyak senario sedang dinilai,” katanya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )