Ekspo Genting SustainBiz F&B Menandatangani MoU  bersama Nestle Malaysia

Ekspo Genting SustainBiz F&B Menandatangani MoU bersama Nestle Malaysia

GENTING HIGHLAND,. Resorts World Genting (RWG), resort bersepadu terkemuka di Malaysia, hari ini mengumumkan Menandatangani lima (5) Memorandum Persefahaman (MoU) bernilai keseluruhan RM12 juta sempena Ekspo Genting SustainBiz F&B yang dianjurkan buat pertama kali di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting.

Majlis pembukaan ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).


Ekspo Genting SustainBiz F&B dimulakan dengan Menandatangani MoU pertama bersama Nestle Malaysia untuk pembekalan produk berasaskan tumbuhan Harvest Gourmet bagi kegiatan MICE serta outlet makanan dan minuman di resort ini.

Acara seterusnya, Fraser & Neave menandatanganan MoU bersama (F&N) bertujuan meneroka penggunaan air mineral dalam pembungkusan Tetra Pak yang 100% boleh dikitar semula, dengan matlamat mengurangkan penggunaan plastik dan botol pakai buang di resort ini.

Selain itu, RWG turut menandatangani MoU ketiga bersama PNH Malaysia, yang memfokuskan kepada penggunaan semula sisa makanan, yang akan diubah menjadi serbuk karbon untuk menghasilkan kemudahan hotel seperti berus gigi, sikat rambut, dan peralatan makan untuk kegunaan di resort ini.


Majlis menandatangani ini juga turut dihadiri oleh Spencer Lee, Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran,
dan Perhubungan Awam RWG, yang mewakili pihak resort, Acara ini juga disaksikan oleh Lee Thiam Kit, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi RWG.

Selain itu, Yit Woon Lai, Ketua Nestle Professional Malaysia- Singapura; Lee Lay Yean, Pengarah Komersial Premier Milk, ahli Kumpulan F&N; dan Jian Tat Lee, Ketua Pegawai Operasi PNH Malaysia, masing-masing mewakili syarikat mereka dalam majlis tersebut.

–GERBANGPOST

CATEGORIES
Share This

COMMENTS Wordpress (0) Disqus ( )