Eksport Malaysia raih manfaat menerusi permintaan import dari China

Eksport Malaysia raih manfaat menerusi permintaan import dari China

KUALA LUMPUR,. Eksport Malaysia dijangka meraih manfaat daripada permintaan import China yang lebih baik dan kitaran elektronik, menurut laporan Prospek Ekonomi Global daripada Oxford Economics.

Laporan yang dilakukan oleh Institut Akauntan Bertauliah England dan Wales (ICAEW) berkata pemulihan ekonomi akan bergerak perlahan berikutan permintaan global yang lembap sekarang, kadar pengangguran tinggi dan jumlah pelaburan yang rendah.

Ekonomi Malaysia diunjurkan akan merosot sebanyak 6.0 peratus pada tahun 2020, diikuti oleh pertumbuhan 6.6 peratus pada 2021.

“Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara memburukkan lagi keadaan ekonomi pada suku kedua, langkah PKP itu telah memberi kesan positif dalam mencegah penularan COVID-19, ia akan membantu ekonomi kembali kepada kedudukan stabil,” kata laporan tersebut.

PKP Pemulihan telah dilanjutkan sehingga 31 Disember, 2020, semua sektor telah dibenarkan beroperasi kecuali beberapa perniagaan antaranya pusat hiburan.

“Kemasukan pelancong asing juga disekat. Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 15.2 peratus kepada ekonomi Malaysia dengan 194 industri terlibat dalam rantaian sektor ini, termasuk eksport perkhidmatan,” katanya.

Menurut laporan itu, COVID-19 telah menjejaskan pertumbuhan pada skala yang besar kepada Asia Tenggara sejak krisis kewangan pada 1997, ia juga menjangkakan bahawa pertumbuhan serantau akan jatuh sebanyak 4.2 peratus pada 2020.

Untuk separuh kedua tahun ini, laporan itu berkata kadar pemulihan akan berbeza-beza di rantau tersebut, ia bergantung kepada kelonggaran sekatan perjalanan dan permintaan eksport yang lebih baik.

Secara keseluruhan, aktiviti serantau semakin pulih dan pertumbuhan dijangka naik kepada 6.4 peratus pada 2021.

Dalam pada itu, Vietnam dijangka menjadi satu-satunya negara di Asia Tenggara yang mencatat pertumbuhan positif tahun ini dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat sebanyak 2.3 peratus tahun ini, dan 8.0 peratus pada 2021.

Singapura pula diunjurkan menguncup 5.7 peratus dan akan naik semula kepada 6.1 peratus pada 2021, KDNK Indonesia dijangka jatuh kepada 2.7 peratus pada 2020 sebelum mencatatkan kenaikan sebanyak 6.2 peratus tahun depan dan Filipina mencatat penurunan paling banyak, merosot sebanyak 8.2 peratus pada 2020.

Sementara itu, pertumbuhan ekonomi China akan kekal kukuh pada suku kedua pada 2020.

KDNK Malaysia akan meningkat 2.5 peratus pada tahun 2020 dan seterusnya melonjak kepada 7.9 peratus pada 2021, disokong oleh permintaan yang tinggi untuk produk elektronik, eksport alat pelindung dan peralatan perubatan sepanjang tempoh pandemik tersebut.

Bagaimanapun, bagi tempoh sederhana, ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China akan menganggu permintaaan untuk barangan dan meningkatkan gangguan terhadap pembuatan dengan usaha mengurangkan kebergantungan AS terhadap China telah memberi kesan yang negatif.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)