Elak beri gelaran buruk, walau tidak bersetuju – Saifuddin

Elak beri gelaran buruk, walau tidak bersetuju – Saifuddin

KUALA LUMPUR,. Walaupun tidak bersetuju dengan sesuatu laporan berita, tidak perlu memberi gelaran tidak elok kepada agensi atau stesen terbabit.

Demikian tegas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah mengulas insiden penggunaan bahasa kesat ke atas sebuah stesen berita luar negara.

Ia susulan laporan stesen berita itu berhubung layanan terhadap pendatang tanpa izin (PATI) di Malaysia semasa wabak COVID-19.

Terdahulu, polis telah memulakan siasatan terhadap wartawan terlibat dalam laporan stesen berita itu, manakala Jabatan Imigresen sedang menjejaki seorang warga asing yang diwawancara.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah turut menegaskan kerajaan tidak mendiskriminasi pekerja asing dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.

–ASTRO AWANI

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )