EMGS anjur pameran pendidikan maya bermula Sabtu ini

EMGS anjur pameran pendidikan maya bermula Sabtu ini

KUALA LUMPUR,. Pameran promosi pendidikan secara maya terbesar di Malaysia, ‘Acara Maya Belajar Di Malaysia 2020’ akan berlangsung dalam talian bermula Sabtu ini hingga 6 Sept.

Anjuran Perkhidmatan Global Pendidikan Malaysia (EMGS) dengan kerjasama QStudy, pameran maya itu merangkumi 20 negara serantau dengan penyertaan lebih 20 institusi pendidikan.

EMGS, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan pameran itu sebagai platform untuk menarik lebih ramai pelajar antarabangsa datang belajar di Malaysia.

“Ini adalah langkah ke hadapan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan pilihan bagi pelajar antarabangsa,” menurut EMGS yang bertanggungjawab mempromosikan Malaysia sebagai pusat pendidikan antarabangsa dan menguruskan kemudahan pemprosesan visa bagi pelajar antarabangsa.

EMGS, syarikat terhad dengan jaminan (GLBG) di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi, berkata pelajar yang mendaftar dan mengemukakan permohonan semasa pameran tersebut akan diberi tiket penerbangan sehala percuma dan wang tunai RM1,000 apabila datang dan mendaftar di kampus di Malaysia.

Selain itu, pelajar juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah semasa pameran tersebut, menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)