Enam lokasi jalan tutup sekitar Petaling Jaya dibuka semula – Polis

Enam lokasi jalan tutup sekitar Petaling Jaya dibuka semula – Polis

KUALA LUMPUR,. Sebanyak enam lokasi jalan tutup di sekitar kawasan Petaling Jaya akan kembali dibuka esok susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata jalan berkenaan melibatkan Jalan PJS 5/46, Gasing Indah, Jalan Persiaran Mahogani (Seksyen 9) dan Jalan Persiaran Jati (Seksyen 8).

Selain itu, Jalan Persiaran Sungai Buloh (TSB) di Kota Damansara; di lampu isyarat PJU8/1 dan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) susur keluar ke Mutiara Damansara.

Beliau berkata kesemua lokasi jalan tutup itu boleh dilalui orang awam berkuat kuasa pada 12 tengah malam ini (5 April).

“Pembukaan ini bertujuan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan memudahkan polis mengatur gerak semula petugas barisan hadapan bagi penugasan ‘mobile’ di kawasan tumpuan orang ramai,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nik Ezanee turut menasihatkan orang ramai agar mematuhi PKPB supaya rantaian wabak COVID-19 dapat diputuskan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )