Enggan tandatangan dokumen kuarantin diri, pasangan ini dipakaikan ‘ankle monitor’

Enggan tandatangan dokumen kuarantin diri, pasangan ini dipakaikan ‘ankle monitor’

KENTUCKY,. Sepasang suami isteri di Kentucky, Amerika Syarikat sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang selepas dikenakan house arrest dan dipaksa memakai monitor pergelangan kaki.

Ia susulan keengganan mereka menandatangani dokumen arahan kuarantin diri, selepas didapati positif COVID-19.

Elizabeth dan Isaiah Linscott memaklumkan pihak berkuasa dari Jabatan Kesihatan dan Pejabat Sherif muncul di kediaman mereka di Radcliff, Kentucky, baru-baru ini.

Mereka secara sukarela membuat ujian COVID-19 sebelum melawat ibu bapa Elizabeth di negeri lain dan didapati positif biarpun tidak mempunyai gejala.

Dokumen itu antara lain melarang kehadiran ahli keluarga ke rumah mereka kecuali dengan izin Jabatan Kesihatan Daerah terlebih dahulu, lapor WBTV.

“Saya enggan menandatangani dokumen itu kerana ia bermaksud saya harus menunggu dan menghubungi pegawai terbabit sebelum mendapatkan rawatan jika sakit.

“Bagaimana jika saya benar-benar sakit dan perlu ke unit kecemasan?” katanya.

Monitor yang dipakai akan memberi amaran kepada pihak berkuasa sekiranya mereka berada lebih dari 200 kaki dari rumah mereka.

“Kami tidak merompak, kami tidak mencuri, kami tidak langgar orang dan kami tidak melakukan kesalahan,” ujar Elizabeth.

Mereka menegaskan, mereka tidak menafikan perlu berada dalam keadaan kuarantin tetapi mereka hanya tidak bersetuju dengan perkataan yang digunakan di dalam dokumen tersebut.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )