EPL milik Liverpool: Presiden UEFA

EPL milik Liverpool: Presiden UEFA

VIENNA, Austria,. Presiden UEFA, Aleksander Ceferin berkata tidak mungkin Liverpool menamatkan musim tanpa gelaran Liga Perdana Inggeris, walaupun kempen dibatalkan akibat pandemik COVID-19.

Liverpool kendalian Jurgen Klopp di ambang menamatkan kemarau 30 tahun kejuaraan liga tertinggi Inggeris itu apabila mendahului 25 mata di depan pesaing terdekat yang juga juara bertahan Manchester City.

“Tidak mungkin Liverpool menamatkannya tanpa gelaran. Jika perlawanan disambung, sudah pasti mereka memenanginya – secara teori, kejuaraan belum milik mereka tetapi ia seakan sudah terjamin.

“Sekiranya perlawanan gagal diteruskan, kita perlu mencari jalan. Dan, sekali lagi, saya tidak nampak senario di mana Liverpool tidak menjadi juara.

“Saya sedar peminat mungkin kecewa jika perlawanan diadakan di stadium kosong atau ia diselesaikan dengan cara lain, tetapi saya percaya mereka tetap akan memenanginya,” kata Ceferin.

Ceferin pada masa sama turut yakin liga-liga Eropah lain termasuk Liga Juara-Juara dan Liga Europa akan kembali bersambung musim panas ini.

“Saya seorang yang berfikiran positif. Sudah tentu saya tidak dapat janjikan atau memberi jaminan.

“Ia bergantung kepada situasi di negara-negara terbabit, sama ada ia selamat untuk diteruskan dan tiada nyawa terancam,” katanya. – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )