ERC cadang tarikh PRU diumum lebih awal

ERC cadang tarikh PRU diumum lebih awal

KUALA LUMPUR,. Cadangan supaya tarikh pilihan raya umum seterusnya diumumkan lebih awal merupakan antara 15 perkara berkaitan dengan penambahbaikan sistem pilihan raya yang akan dikemukakan oleh Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC).

Pengerusi ERC Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata kesemua 15 perkara itu akan dihantar kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hujung bulan hadapan.

“Saya bekerja keras untuknya. Jadi, saya harap saya boleh hantar kepada perdana menteri (Dr Mahathir Mohamad) bulan depan yang mana jika beliau bersetuju kami akan mengeluarkan laporan sebenar.

“Salah satunya umum tarikh pilihan raya awal… ya kita akan bincang tentang menetapkan tarikh (untuk pilihan raya) . Untuk berlaku adil kepada semua parti politik dan badan pengurusan supaya kita tidak membazir duit,” katanya.

Beliau ditemui media selepas menjadi ahli panel bagi sesi perbincangan bertajuk “Penambahbaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya: Masa Depan Demokrasi Berparlimen di Malaysia” di sini malam ini.

Abdul Rashid berkata sekiranya cadangan tersebut dizahirkan, Suruhanjaya Pilihan Raya akan menjadi agensi pengendali pilihan raya yang hebat seperti di negara-negara maju.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)