Erdogan kecam Israel sebagai ‘negara pengganas yang kejam’

Erdogan kecam Israel sebagai ‘negara pengganas yang kejam’

ANKARA: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mengecam Israel sebagai sebuah “negara pengganas yang kejam” dalam satu ucapan di Ankara kelmarin di mana beliau merujuk kepada pertempuran polis baru-baru ini dengan penduduk Palestin di Baitulmaqdis.

Komen beliau muncul selepas lebih daripada 200 orang tercedera ketika pihak polis pencegah rusuhan Israel bertempur dengan penduduk Palestin di kawasan masjid Al-Aqsa pada lewat Jumaat lepas.

Insiden terbaharu ini menamatkan seminggu keganasan di Kota Suci dan Tebingan Barat yang ditakluk.

“Israel, negara pengganas kejam, menyerang penduduk Islam di BaitulMaqdis – yang satu-satunya kebimbangan adalah untuk melindungi rumah mereka… dan nilai-nilai suci mereka – dalam cara yang kejam tak bermakna bagi etnik,” kata Erdogan.

Keganasan di Baitulmaqdis merupakan “satu serangan terhadap semua umat Islam”, ujar beliau, sambil menambah bahawa “melindungi kehormatan Baitulmaqdis merupakan satu tugas bagi semua umat Islam”.

Beliau menggesa semua negara, terutamanya negara Islam, agar memberikan reaksi dan menyeru kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu agar “menghentikan penindasan ini”. Pada awal kelmarin, Erdogan telah menyatakan di dalam Twitter bagi mengecam keganasan ini.

“Kami mengecam sepenuhnya serangan buruk terhadap masjid Al-Aqsa… yang malangnya dilakukan pada setiap bulan Ramadan,” tulis beliau, merujuk kepada bulan puasa umat Islam. “Kami akan terus untuk berada di samping saudara kami di Palestin dalam semua keadaan,” janji Erdogan.

Pada Jumaat, menteri luar negara Turki menyeru kepada kerajaan Israel agar menamatkan satu polisi “yang agresif dan provokatif” terhadap penduduk Palestin. Kira-kira 300 orang melakukan tunjuk perasaan kelmarin di luar konsulat Israel di Istanbul sebagai sokongan kepada penduduk Palestin di Baitulmaqdis.

Bantahan telah dianjurkan oleh NGO prokerajaan dikenali sebagai IHH yang mengawasi satu armada kapal yang cuba untuk memecahkan sekatan Israel ke atas Semenanjung Gaza pada 2010. Hubungan antara Turki dan Israel menjadi tegang sejak itu, dengan duta-duta telah ditarik balik pada 2018 selepas kematian penunjuk perasaan Palestin di enklaf tersebut.

— UB

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)