EU luluskan bantuan ketenteraan 500 juta Euro untuk Ukraine

EU luluskan bantuan ketenteraan 500 juta Euro untuk Ukraine

KESATUAN EROPAH (EU) meluluskan pelan bantuan ketenteraan untuk Ukraine dan bercadang mengenakan beberapa tindakan terhadap Rusia yang disifatkan akan memberi “kesan buruk kepada Rusia”.
Menerusi satu kenyataan pada Isnin, EU meluluskan bantuan menyediakan peralatan dan bekalan kepada angkatan tentera Ukraine, termasuk senjata bernilai 500 juta euro.

Selain itu, negara anggota EU akan menutup ruang udara mereka ke Rusia dan melarang transaksi mereka dengan bank dari negara tersebut.

EU juga menuntut Rusia menghentikan operasi ketenteraan serta-merta dan menarik balik semua tentera serta peralatan ketenteraan tanpa syarat dari seluruh wilayah Ukraine. Wakil EU, Josep Borrell pada Isnin berkata EU akan menyediakan Ukraine dengan data peninjauan angkasa melalui pusat satelit EU di Madrid, Sepanyol.

Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg pula berkata, NATO menyediakan peluru berpandu anti-pesawat, senjata anti-kereta kebal dan bantuan lain kepada Ukraine. Pada masa sama, NATO juga telah mengukuhkan pertahanannya di rantau Baltik dan bersedia untuk melakukan lebih banyak.

Rusia dan Ukraine telah memuktamadkan pusingan pertama rundingan mereka di Belarus pada Isnin dan memutuskan untuk mengadakan satu lagi pusingan dalam beberapa hari akan datang. Penganalisis berkata dengan keputusan bantuan ketenteraan, EU hanya akan merumitkan keadaan pada ketika ini

-Agensi

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)