
Fadillah Yakin Semangat Kerja Berkualiti Mampu Pacu Malaysia ke Hadapan
PUTRAJAYA, 17 Mei – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan semangat kerja yang jujur, cekal dan progresif dalam kalangan tenaga kerja negara sebagai faktor penentu kejayaan masa depan Malaysia.
Berucap sempena Perhimpunan Bulanan PETRA hari ini, beliau menegaskan pentingnya menjadikan perhimpunan itu bukan sekadar kehadiran rutin, tetapi sebagai medan untuk memperbaharui motivasi dan tanggungjawab bersama.
“Kemajuan negara bergantung kepada komitmen dan integriti kita dalam melaksanakan tugas,” katanya.
Fadillah turut mengaitkan tanggungjawab bersama dalam memelihara air sempena Hari Air Sedunia bertema “Glacier Preservation”, serta menyifatkan sambutan Hari Pekerja 2025 sebagai penghormatan kepada peranan penting semua warga kerja.