FBM KLCI Jatuh Hampir 50 Mata, Bursa Malaysia Dijangka Terus Goyah Minggu Depan

FBM KLCI Jatuh Hampir 50 Mata, Bursa Malaysia Dijangka Terus Goyah Minggu Depan

Bursa Malaysia merekodkan kejatuhan ketara minggu ini dengan FBM KLCI susut 49.38 mata kepada 1,454.76 berbanding 1,504.14 minggu sebelumnya, sejajar dengan ketidaktentuan global yang dicetuskan oleh perang tarif AS-China.

Beberapa indeks utama turut mencatat penurunan ketara:

*FBM Emas turun 385.57 mata ke 10,810.08
*FBMT 100 susut 372.21 mata ke 10,601.67
*FBM ACE jatuh 220.41 mata ke 4,412.19

Sektor paling terjejas adalah perkhidmatan kewangan, perladangan dan tenaga, sementara jumlah dagangan keseluruhan melonjak lebih 19.6 bilion unit bernilai RM17.56 bilion.

Berdasarkan trend semasa, pelabur dijangka terus mengambil pendekatan berhati-hati dalam menghadapi minggu dagangan yang berisiko tinggi.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )