FBM KLCI rendah pada awal dagangan

FBM KLCI rendah pada awal dagangan

KUALA LUMPUR,. Indeks utama Bursa Malaysia dibuka tinggi namun susut kemudiannya, diheret turun oleh kaunter-kaunter berkaitan indeks yang didahului oleh Maybank and Kuala Lumpur Kepong.

Pada 9.10 pagi ini, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.15 mata kepada 1,633.84 selepas dibuka menokok 0.61 mata kepada 1,635.93 berbanding 1,634.99 sewaktu ditutup pada Selasa.

Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 310 berbanding 87 manakala 358 kaunter tidak berubah, 1,273 tidak diniagakan dan 62 lain digantung dagangannya.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd menerusi nota penyelidikannya, Wall Street ditutup rendah selepas mencatat paras rekod tertinggi dengan kesannya mungkin turut menular ke peringkat tempatan.

Namun, FBM KLCI masih boleh disokong oleh aktiviti-aktiviti memperelok akaun secara sederhana pada masa ini.

Di pasaran lebih meluas, peniaga juga dijangka memberi tumpuan terhadap segmen automotif susulan pengumuman mengenai keputusan kerajaan melanjutkan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan sehingga pertengahan 2021.

“Selain itu, harga minyak sawit mentah kekal kukuh dalam aliran meningkat. Harga minyak sawit berada pada paras RM3,550 sewaktu ditutup senmalam. Selain itu, kami juga percaya peniaga mungkin menjangkakan mengenai perkembangan kitaran keempat kontrak skim solar berskala besar yang akan dianugerahkan menjelang separuh pertama 2021,” kata Malacca Securities.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank merosot enam sen kepada RM8.52, Kuala Lumpur Kepong berkurangan 40 sen kepada RM23.80, Petronas Chemicals turun lima sen kepada RM7.32 manakala TNB, Axiata, Genting Malaysia dan Telekom Malaysia semuanya rendah dua sen masing-masing pada RM10.56, RM3.69, RM2.71 dan RM5.43.

Selain itu, Public Bank meraih dua sen kepada RM20.72, Hartalega melonjak 14 sen kepada RM12.08, manakala IHH Healthcare, Top Glove, CIMB dan Hong Leong Bank tidak berubah pada RM5.74, RM6.01, RM4.35 dan RM18.48.

Bagi saham aktif, Sealink naik 5.5 sen kepada RM22.5 sen, MTouche meningkat 1.5 sen kepada 8.5 sen, Inix naik setengah sen kepada 34 sen, JKG menambah satu sen pada 11 sen, Techna-X dan Yong Tai tidak berubah pada 17 sen dan 32.5 sen manakala Iris Corp turun setengah sen kepada 43 sen dan Green Ocean susut 1.5 sen kepada 10 sen.

Di papan indeks, Indeks Syariah FBM Emas meraih 4.95 mata kepada 13,183.49, FBM ACE meningkat 7.0 mata kepada 10,709.39, Indeks FBM Emas turun 7.27 mata kepada 11,799.42, Indeks FBMT 100 merosot 8.64 mata kepada 11,550.02 dan FBM 70 jatuh 13.47 mata kepada 15,210.46.

Sementara itu, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.15 mata kepada 175.9, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 31.19 mata kepada 15,422.22 dan Indeks Perladangan merosot 22.04 mata kepada 7,372.09.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )