Fenomena Air Pasang Besar Di Sepanjang Pantai Barat

Fenomena Air Pasang Besar Di Sepanjang Pantai Barat

KUALA SELANGOR,. Fenomena air pasang besar yang berlaku di beberapa negeri pantai barat Semenanjung Malaysia.

Seperti yag dikatahui fenomena tersebut adalah akibat kesan tarikan graviti bulan dengan bumi iaitu ketika bulan berada selari dengan bumi pada kedudukan orbit atau ketika bulan mengambang penuh.

Fenomena ini disifatkan sebagai perkara biasa dan ia berlaku pada setiap bulan, namun dengan keadaan cuaca angin kencang dan hujan lebat ketika ini akan banyak mengundang masalah yang berlaku serentak, ia boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu disekitar pantai barat semenanjung.

Air melimpah sehingga kawasa gerai – gerai peniaga di tepi pantai Jeram.

peningkatan paras air laut serta perubahan iklim dunia yang tidak menentu, fenomena air pasang besar sehingga menyebabkan banjir dijangka akan berlaku dengan lebih kerap dan keadaan ini memerlukan perhatian dan tindakan pihak berkuasa tempatan serta penduduk yang tinggal di sepanjang pantai Malaysia.

Keadaan Ombak yang tinggi dengan kelajuan angin pada sekarang ini memungkinkan tempat – tempat yang berkawasan rendah akan dinaiki air pasang besar dan akan menyebabkan banjir yang akan merosakan permis peniagaan di tepi kawasan pantai seperti di pantai Remis Sungai Sembilang Jeram Kuala Selangor,

Keadaan Ombak Besar di sepanjang pantai Remis Jeram Kuala Selangor

wartawan Gerbangpost, Meninjau sendiri keadaan pada rabu Dan dijangkakan pada Jumaat (Hari ini) Air akan naik lebih tinggi lagi Kata salah seorang peniaga dikawasan Pantai tersebut.

Fenomena air pasang besar sekiranya berlaku perkara tidak diingini segera membuat lapuran kepada pihak berwajib di kawasan dimana mereka yang terlibat Bagi mengelak lebih banyak pekara yang tidak jangkakan Berkemungkinan air akan melimpah melepasi paras biasa.

–GERBANGPOST

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )