Fenomena air pasang besar dijangka lebih tinggi pada kali ini – JPS

Fenomena air pasang besar dijangka lebih tinggi pada kali ini – JPS

PERAK,. Fenomena air pasang besar dijangka akan berlaku Bermula hari ini sehingga minggu hadapan ini mengikut bacaan kelender air pasang besar dan mungkin juga ianya diramalkan lebih tinggi lagi pada kali ini jika ianya sekali dengan angin dan ombak besar.

dalam tempoh tujuh hari bermula hari ini sehingga 21 Oktober depan, berdasarkan ramalan oleh agensi-agensi yang bertanggungjawab, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Hilir Perak memaklumkan, bagi tempoh itu, paras air tertinggi diramalkan antara 3.1 meter hingga 3.4 meter.

Menurutnya, kejadian fenomena air pasang besar kali ini dijangka pada skala yang lebih besar berbanding bulan September yang lalu.

Diingatkan pada penduduk sekitar tepi pantai lebih peka dengan keadaan yang mungkin akan berlaku, untuk selalu berhati – hati dan sentiasa mendengar hebahan dari agensi yang terlibat jika berlaku sesuatu.

Angin kencang, ombak besar dan hujan lebat yang berlaku secara serentak akan menyebabkan berlakunya banjir kilat,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan di laman Facebook.

Katanya lagi, kawasan-kawasan yang berisiko tinggi adalah di Taman Karentina, Batak Rabit, Pekan Teluk Intan, Kampung Bahagia, Changkat Jong, kawasan Mukim Sungai Durian dan kawasan yang berdekatan dengan sungai.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa memantau keadaan cuaca dan sekiranya hujan lebat serta air laut pasang berlaku secara serentak.

Orang ramai juga perlu bersedia untuk berpindah ke tempat yang selamat dan mematuhi arahan pihak berkuasa yang ditetapkan.

–GERBANGPOST

Sumber;Facebook

CATEGORIES
Share This