FGV tamatkan MoU dengan Samyang

FGV tamatkan MoU dengan Samyang

KUALA LUMPUR,. FGV Holdings Bhd menamatkan perjanjian memorandum persefahaman (MoU) dengan Samyang Foods Co Ltd (Samyang Foods).

“Penamatan MoU itu tidak akan memberi sebarang impak kewangan ke atas syarikat serta anak-anak syarikatnya,” menurut FGV dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini.

Kedua-dua syarikat itu menandatangani perjanjian bagi menubuhkan kemudahan pengeluaran Samyang Halal di Malaysia, yang memberi tumpuan untuk menyediakan produk ramen dan mi segera halal dalam pasaran Malaysia dan global.

Samyang Foods ialah syarikat yang diperbadankan di Korea Selatan dan disenarai di Bursa Saham Korea dengan modal pasaran semasa sebanyak KRW459.514 bilion (kira-kira RM1.68 bilion).

Syarikat ini menjalankan perniagaan pembuatan dan penjualan pelbagai produk makanan seperti ramen, makanan ringan, produk tenusu, sos dan ladu sejuk beku.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)